|
Authored by (your name) | 0 love letter from other so far
CERITA HANTU SERAM (BUAT SENDIRI)
AHLI SILAP MATA HANTU
Di sebuah kampung yang bernama Kampung Silap Mata tinggal seorang ahli silap mata yang sangat jahat. Ahli silap mata itu bernama Briance. Briance tinggal di hujung kampung. Disebabkan itu tiada siapa yang mengetahui apa yang Briance lakukan. Briance ialah anak yatim dan belum berkahwin lagi. Umur Briance 39 tahun. Briance selalu membuat silap mata yang agak membosankan tetapi menjadi. Kadang kala ia membuat silap mata dengan menukarkan dirinya menjadi serigala atau pon beruang dan dia akan membuat kacau di dalam kampung. Selepas semua penduk melarikan diri, Briance akan pergi mencuri barang dan merompak bank. Dia juga mengambil makanan dari kedai - kedai yang menjual makanan.
Suatu hari Briance berasa sangat lapar. Kemudian Briance bertukar menjadi beruang. Briance tidak sedar akan seorang pemuda yang datang untuk menziarahinya telah ternampak perlakuannya menukar diri menjadi beruang lalu Briance berkata seorang diri.
* Briance : Aku mahu mengambil semua makanan mereka. Haaaaaaaahhaahahahahhahahahahhahah
Kata - kata Briance didengari pemuda itu lalu pemuda itu berkata di dalam hati.
* Pemuda : Aku harus beri tahu pada orang kampung bahawa Briance adalah orang yang menghuru harakan kampung ini.
pemuda itu berlari menuju kearah kampung dan berjumpa dengan ketua kampung.
* Pemuda : Tok tadi saya nampak Briance bertukar menjadi beruang dan ingin menyerang kampung ini lagi.
* Tok ketua : Benarkah kata kamu itu? Baiklah kumpulkan semua ahli silap mata kita. Kita bunuh dia.
* Pemuda : Baiklah tok.
Pemuda itu pon mengumpulkan semua ahli silap mata yang ada pada kampung itu. Mereka membuat persiapan untuk membunuh Briance.
Selepas beberapa minit, Briance pon sampai dengan menjadi beruang. Dia mula melancarkan misinya untuk menakut nakutkan orang kampung tetapi tidak berjaya. Orang kampung menjadi berang atas tindakan Briance yang membawa lari seorang budak kecil dan mereka menyerang Briance dengan menggunakan panah tetapi tidak berkesan. Briance lari menuju ke semuah lombong yang agak besar. Sesampainya di lombong Briance terus menukar semula dirinya kepada manusia.
* Briance : Kenapa hari ini tidak menjadi? Mereka tidak takut lagi pada aku?
Briance terus melayan rasa hairannya di bawah sebatang pokok yang rendang. Tiba - tiba seorang ahli silap mata meletakkan sebuah keranda yang berduri besar dan banyak di belakang Briance. Kemudian dia menarik Briance dan menolak Briance kedalam Keranda Berduri itu. Kemudia dia dia menghempap keranda itu dengan batu. Selepas mendapati keranda telah penyek dia meletakkan keranda di dalam rumah Briance.
Bersambung....
|
Disclaimer
Bold | Underline | Italic Tag
|